Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

jumpai kepala mayat dalam plastik dalam keadaan busuk dan berulat....perbunuhan kejam



BACHOK – Empat mayat disyaki mangsa bunuh ditemui dalam semak di Kampung Tanjung Hilir, Bekelam, di sini, petang semalam.




Ketua Polis Kelantan Datuk Dr Abdul Rahman Ismail berkata empat mayat dipercayai tiga lelaki dan seorang wanita yang belum dikenal pasti indentiti itu dipercayai dibunuh di tempat lain kemudian dibawa dan dicampakkan di semak berhampiran dengan jalan kampung itu.

Keempat-empat mangsa yang dianggar berumur antara 20 dan 30-an dipercayai sekurang-kurangnya telah meninggal dunia tiga hari lepas, katanya kepada pemberita di lokasi kejadian di sini, malam tadi.

Abdul Rahman berkata berdasar pemeriksaan awal mendapati setiap mayat yang kepalanya dibungkus dengan plastik, mempunyai kesan tikaman di dada dan perut.

“Selain tikaman di dada dan perut, ada antara mangsa yang ada kesan calar di paha dan tangan mungkin kesan berlaku pergaduhan sebelum berlaku pembunuhan,” katanya.

Selain itu, Abdul Rahman berkata salah seorang mangsa juga dipercayai mempunyai tatu di tangan kanan.

Katanya polis masih menjalankan siasatan di tempat kejadian termasuk oleh unit forensik dan pegawai perubatan dari Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) Kota Bharu.

Beliau berkata kes itu diklasifikasikan sebagai kes bunuh dan disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. – BERNAMA






http://www.mynewshub.cc







https://www.facebook.com/208694619607984/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/212190655925047/?type=3&theater



Labels: semasa

TERIMA KASIH SUDI BACA jumpai kepala mayat dalam plastik dalam keadaan busuk dan berulat....perbunuhan kejam. TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top