Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

Ibu Bapa Mengadu suntikan imunisasi Menyebabkan Anak Mereka menghidap autistik Ini Nasihat Kementerian Kesihatan Yang Patut Ibubapa Tahu

BANGI, 23 Muharram 1439H, Isnin –Kementerian Kesihatan mengarahkan semua klinik kesihatan untuk tidak memberikan dua jenis suntikan imunisasi kepada bayi pada hari yang sama.


Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Lokman Hakim Sulaiman berkata, suntikan imunisasi seharusnya diberikan satu persatu mengikut jangka masa yang digariskan dalam Jadual Imunisasi Kebangsaan.

“Sekiranya ibu bapa terlepas jadual tersebut, mereka perlu berbincang dengan kakitangan penjagaan kesihatan untuk menjadualkan semula tarikh imunisasi bagi memastikan hanya satu suntikan diberikan setiap sesi,” katanya.

Beliau berkata demikian sebagai respon kepada pengakuan ibu bapa yang mendakwa anak-anak mereka menghidap autistik selepas disuntik dua jenis vaksin pada hari sama, semasa usia 18 bulan.

Jelas beliau, tiada bukti saintifik yang boleh mengaitkan autisme dengan vaksi MMR (campak, beguk dan rubella).

Ini kerana kanak-kanak berusia 18 bulan diberikan satu suntikan yang meliputi lima dalam satu vaksin iaitu DTaP-Hib/IPV (difteria, tetanus, pertusis, hemophillus influenza B dan Polio).

“Ia merupakan satu suntikan. Ia adalah vaksin yang sama diberikan pada usia dua bulan, tiga bulan dan lima bulan.

“Oleh itu, tidak ada kaitan antara vaksin yang diberikan pada usia 18 bulan dengan autisme,” katanya.






https://www.facebook.com/208694619607984/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/212190655925047/?type=3&theater



Labels: semasa

TERIMA KASIH SUDI BACA Ibu Bapa Mengadu suntikan imunisasi Menyebabkan Anak Mereka menghidap autistik Ini Nasihat Kementerian Kesihatan Yang Patut Ibubapa Tahu . TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top