Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

duit hantaran rm 10k hangus jadi abu sekelip mata-pengantin lelaki



Keadaan tiga rumah kayu yang terbakar di Pekan Nanas, kelmarin.  – Gambar kecil: Ahmad Azmirul.

PONTIAN – Impian bakal pengantin untuk melangsungkan majlis perkahwinan pada Disember depan, musnah selepas wang hantaran berjumlah RM10,000 hangus dalam kejadian kebakaran di deret rumah kayu berhadapan Balai Bomba Pekan Nanas, di sini, kelmarin.

Ahmad Azmirul Torel, 21, berkata, wang hantaran itu dikumpul hasil titik peluhnya melakukan dua pekerjaan selepas bertunang bersama Noor Suriyana Safihi, 26, sejak setahun lalu.

Menurutnya, dia mengambil upah bekerja di ladang kelapa sawit pada waktu pagi, manakala pada sebelah petang hingga malam berniaga nasi ayam penyet.

“Susah payah saya berhempas pulas bekerja siang malam demi mengumpulkan wang hantaran itu, tapi akhirnya menjadi abu.
Advertisements

“Saya simpan wang tunai RM10,000 selepas mengeluarkannya daripada akaun simpanan di bank pada Jumaat lalu.

“Sepatutnya hari ini (semalam) wang hantaran itu dihantar ke rumah pengantin perempuan digunakan untuk perbelanjaan majlis kenduri kahwin nanti,” katanya.

Jelasnya, beberapa barang hantaran seperti telekung dan kain yang sudah digubah turut musnah.

Menceritakan tentang kebakaran yang berlaku kira-kira jam 12.30 tengah hari itu, Ahmad Azmirul berkata, ketika itu dia berada di kedai dan dihubungi rakan memaklumkan mengenai kejadian.

“Saya bergegas pulang, setibanya di rumah saya lihat api sudah marak dan orang ramai mula berkumpul di pekarangan halaman rumah.

“Saya turut minta bantuan daripada balai bomba yang terletak di hadapan rumah serta hubungi ahli keluarga lain bagi memaklumkan tentang kejadian,” katanya. – Sinar Harian






https://www.facebook.com/208694619607984/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/212190655925047/?type=3&theater



Labels: sedih

TERIMA KASIH SUDI BACA duit hantaran rm 10k hangus jadi abu sekelip mata-pengantin lelaki. TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top