Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

Dakwa Anak OKU Mati Di Hempap Tong Air Rupanya Didera Ibu Hingga Mati

Kanak Kanak Oku Bukan Maut Dihempap Tong Air,Tapi Mati Didera|Seorang kanak-kanak orang kurang upaya (OKU) berusia 11 tahun dari Bukit Tekedai, Endau dekat Mersing yang meninggal dunia semalam dipercayai didera ekoran penemuan beberapa kesan kecederaan di badan mangsa.



Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, mangsa, Mohamad Roshamnudin Abdullah disyaki didera berikutan hasil keputusan bedah siasat yang dijalankan di Hospital Sultan Ismail (HSI) di sini hari ini.

Katanya, susulan itu polis menahan ibu kandung dan bapa tiri mangsa yang masing-masing berusia 27 tahun serta abang kepada bapa tiri kanak-kanak OKU berkenaan, 32, pada pukul 4 petang ini.

“Ibu kepada kanak-kanak itu ditahan di Klinik Kesihatan Endau, manakala bapa tiri dan abangnya ditahan di rumahnya.

“Sebelum itu, pasangan itu menghantar kanak-kanak itu ke klinik tersebut pukul 6.58 petang semalam dan ibunya mendakwa mangsa terjatuh dalam tandas,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Bagaimanapun, siasatan awal di klinik kesihatan itu mendapati badan mangsa ada kesan melepuh seperti kudis buta dan kesan terkena benda panas seperti kesan cucuhan api rokok.

Beliau berkata, kanak-kanak berkenaan disahkan meninggal dunia oleh pembantu perubatan apabila sampai di klinik tersebut.

“Mayat mangsa kemudian dibawa ke Hospital Sultan Ismail (HSI) Johor Bahru dan laporan bedah siasat mendapati terdapat beberapa kesan kecederaan disyaki akibat didera,” katanya.

Katanya, menerusi laporan polis yang dibuat ibunya, wanita itu mendakwa kanak-kanak tersebut masuk ke tandas pukul 4.30 petang semalam dan tidak keluar lagi selepas itu.

“Disebabkan mangsa terlalu lama berada dalam tandas, ibunya masuk ke tandas dan ternampak anak lelakinya itu terbaring serta melihat tong air menghempap kakinya dalam bilik air.

“Ibunya mendakwa pada masa itu mangsa masih hidup lalu terus mengangkat anaknya sebelum menghubungi suaminya yang kemudiannya mereka membawanya ke klinik kesihatan itu,” katanya.

Beliau berkata, kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan akan memohon perintah reman terhadap ketiga-tiga suspek esok.http://eberita.org/



https://www.facebook.com/208694619607984/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/212190655925047/?type=3&theater



Labels: semasa

TERIMA KASIH SUDI BACA Dakwa Anak OKU Mati Di Hempap Tong Air Rupanya Didera Ibu Hingga Mati . TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top