Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

Pelajar Lelaki Tak Tahan Rakam Aksi Pelajar Perempuan Dalam Asrama Terima Padah

KUALA LUMPUR: Seorang penuntut lelaki sebuah kolej multimedia di sini, ditahan selepas disyaki mencuri rakam video dalam asrama wanita kolej berkenaan, Selasa lalu.

Penuntut berusia 20 tahun itu ditahan pada jam 6 petang selepas polis menerima laporan seorang penghuni asrama wanita terbabit yang menyedari tindakan suspek merakam menggunakan telefon bimbit, 10 September lalu.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Mohamad Roy Suhaimi Sarif, berkata mangsa yang berada di bilik asrama bersama beberapa penghuni terlihat tangan memegang telefon bimbit di tingkap asrama, dipercayai merakam video.

"Jeritan mangsa menyebabkan suspek terkejut dan melarikan diri manakala kejadian dilaporkan kepada pihak asrama serta pensyarah kolej.

"Perkara itu dibincangkan beberapa hari sebelum seorang penuntut perempuan menceritakan terserempak dengan seorang penuntut lelaki dikenalinya menceroboh masuk ke asrama wanita di blok berlainan, 8 September lalu," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas perhimpunan bulanan Ibu Pejabat Polis Daerah Wangsa Maju di sini, pagi ini.

Susulan maklumat itu dan dengan persetujuan pihak kolej, katanya, mangsa membuat laporan polis manakala suspek ditahan pada hari sama laporan dibuat.

"Kita merampas telefon bimbit suspek dan pemeriksaan menemui dua rakaman video sepanjang 22 saat yang dirakam di asrama berkenaan, selain puluhan klip video lucah.

"Suspek direman dua hari sebelum dibebaskan dengan jaminan polis sementara menunggu hasil pemeriksaan forensik ke atas telefon bimbitnya," katanya.

Mohamad Roy berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 447 Kanun Keseksaan kerana menceroboh dan Seksyen 292 kanun sama kerana kesalahan memiliki bahan lucah.



https://www.facebook.com/208694619607984/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/212190655925047/?type=3&theater



Labels: semasa

TERIMA KASIH SUDI BACA Pelajar Lelaki Tak Tahan Rakam Aksi Pelajar Perempuan Dalam Asrama Terima Padah. TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top