Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

HATI-HATI JIKA ADA AKAUN BANK ISLAM!!lesap rm 4600 dalam sekelip mata-anak mangsa


.
Aku nak kongsi dengan korang apa yang jadi kat bapak aku. Bapak aku ni jenis susah nak berurusan dengan bank, bagi dia agak leceh nk kena buat itu ini bila berurusan. Maklum la orang tua kan, lebih suka simpan cash je.
.
Tahun lepas tahun 2015 mak aku pujuk la bapak aku supaya bukak akaun bank untuk simpan duit katanya lebih selamat daripada simpan cash kat umah. Jadi, bapak aku pun setuju la. Mak aku ajak la bapak aku g bukak akaun kt BANK ISLAM Cawangan KOTA BHARU. Ayah aku just ikut je selebihnya mak aku yang tolong uruskan semuanya. Nak bukak akaun kan kena ada pemegang akaun tu sendiri.
.
So bukak la 1 akaun BANK ISLAM untuk bapak aku dan masa bukak akaun tu mak aku masukkan duit sebanyak RM6,100. Duit ni bapak aku kumpul2 untuk renovate rumah nanti. Bila dah settle2 semua, akaun tu dibiarkan mcm tu je la sebab memang belom masa nak guna duit tu lagi. Selepas 1 tahun 4 bulan berlalu, mak aku pun pergi la bank nak withdraw duit supaya akaun tu aktif sebab selepas buka memang langsung xbuat apa2 transaksi.
.
Pada 4/10/2016 mak aku withdraw RM1,000 dan alangkah terkejutnya bila tengok baki duit hanya tinggal RM698 je!! Jadi mak ayah aku pun pelik la macam mane duit sebanyak RM4,600 boleh hilang daripada akaun sedangkan xpernah keluarkan duit sebelum ni.
.
Kemudian, mak aku pun pergi la ke BANK ISLAM tempat bukak akaun untuk tanya tentang kehilangan duit ni. Bila mak aku buat aduan kat pegawai bank tentang masalah ni, pegawai bank bagitahu jika ingin tahu perlu cetak details transaksi & perlu ada pemegang akaun. Time tu mak aku pegi dengan adik aku je sebab kebetulan adik aku balik kg, so mak aku suruh adik aku balik ambil bapak aku bawak pegi bank.
.
Bila dah cetak detail transaksi, didapati terdapat 4 transaksi pengeluaran wang yang bukan mak bapak aku buat. Kalau korang perhatikan gambar transaksi yang aku upload tu, pada 3/12/2015 transaksi withdraw sebanyak RM100 dibuat mungkin untuk test samada berjaya atau tidak. Selang 10 hari kemudian bila diketahui line clear, pada 13/12/2016 transaksi withdraw sebanyak RM1,500 dibuat, dan disusuli pada keesokkan harinya pada 14/12/2016 transaksi withdraw sebanyak RM1,500 & transaksi terakhir pada 23/12/2016 lagi sekali transaksi withdraw sebanyak RM1,500 di buat.
.
Pegawai bank tu siap bagitahu mak aku lokasi mana transaksi duit keluar itu dibuat dan pegawai tu bagi alasan dengan menyatakan "mungkin ada anak makcik yang keluarkan". Mak bapak aku pun balik macam tu jer la, maklum la orang tua bukan tahu nak buat apa bila terjadi situasi macam ni selain redha jer.
.
Tapi mak aku masih tertanya2, siapa nk keluarkan sebab kad bank tu mak aku yang simpan & no pin pun mak aku je yang tahu. Adik-beradik aku pulak semua dok jauh2. Sepatutnya time tu pegawai bank tu perlu la buat 1 report untuk siasatan tapi sebaliknya pegawai tu memberikan alasan seolah2 mahu mengelak daripada membuat report berkenaan kehilangan duit yang berlaku pada akaun bapak aku.
.
Mak aku pulak baru bagitahu aku bila balik kg. Aku cuba la ajak bapak aku pegi bank tapi macam biasa la bapak aku bukannya mahu 2 3 kali ulang alik utk hal yang sama. Bapak aku cakap anggap jer la dah xde rezeki.
.
Jadi tujuan aku taip panjang lebar kat sini untuk pesan kat korang yang mana ada akaun bank TERUATAMANYA BANK ISLAM! rajin2 la periksa baki akaun, sentiasa menyemak transaksi akaun untuk pastikan yang duit korang tak lesap tanpa pengetahuan korang. Lebih2 lagi kalau akaun mak ayah korang, tolong pesan kat mak ayah korang, diorang bukan tahu apa tindakan lanjut yang perlu dibuat jika berlaku hal2 yang macam ni.
.
Kalau kita fikir la kan, macam mane kalau perkara ni berlaku kepada orang2 yang susah, duit disimpan dalam bank dengan harapan duit diorang lebih selamat kt bank alih2 duit lesap macam tu je tanpa disedari. Hmmmm...
.
P/s : aku kepilkan cetakkan transaksi bank sebagai bukti, bukan kata aku saja2 nk reka cerita untuk burukkan Institusi perbankan BANK ISLAM!
.
P/s/s : Kotak merah aku tandakan tu adalah transaksi duit keluar daripada makluk yang tidak diketahui, yang garisan oren tu je transaksi mak aku buat.
.
DIPERSILAKAN SHARE JIKA KORANG RASA PERINGATAN NI BOLEH MEMBANTU ORANG LAIN AGAR LEBIH ALERT & BERWASPADA.
.

Via Rusydi Alias

Dibunuh angkara wang perkahwinan-bakal menantu kelar leher mentua hingga putus


Dibunuh angkara wang perkahwinan

Kudat: Lelaki ditemui mati dengan lehernya hampir terputus manakala isteri dan tiga lagi anaknya parah selepas diserang oleh lelaki warga asing menggunakan parang di rumah tidak bernombor berhampiran Kampung Narandang, di sini, semalam.

Dalam kejadian 1.50 tengah hari itu, mangsa Jotin Yojunpin, 42, ditemui terbaring di atas lantai rumahnya dengan keadaan berlumuran darah dan lehernya hampir terputus dipercayai dikelar menggunakan parang.

Turut ditemui di dalam rumah berkenaan adalah isterinya, Saulin Maridik, 36, yang parah di bahagian tangan, kepala dan leher sementara tiga lagi anak pasangan itu iaitu Suzianah, 17; Erna Salviani, 11; dan Natalia berusia lima tahun mengalami kecederaan di badan dipercayai ditetak oleh suspek terbabit.
Ketua Polis Daerah Kudat, Superitendan Douglas Nyeging Taong berkata, susulan kejadian itu, polis kemudiannya menjalankan gerakan memburu suspek sebelum berjaya menahannya kira-kira 500 meter daripada lokasi kejadian di pada 11.30 pagi tadi.

"Polis menerima maklumat berhubung kejadian ini pada 4.05 petang semalam, sebelum sepasukan polis dikerahkan ke lokasi dan menemui mayat mangsa di lantai rumahnya dengan keadaan berlumuran darah serta lehernya hampir putus dipercayai dikelar menggunakan senjata tajam.

"Empat lagi ahli keluarganya termasuk isteri turut parah dalam kejadian itu dan sudah dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

"Susulan kejadian berkenaan, polis kemudiannya menggerakkan usaha memburu suspek dan kita akhirnya berjaya menahan lelaki warga asing berusia 21 tahun kira-kira 500 meter daripada lokasi kejadian ini," katanya ketika dihubungi, hari ini.
Beliau berkata, menurut siasatan awal, kejadian itu berpunca daripada perselisihan faham di antara mangsa dan suspek berkaitan wang perkahwinan di antara suspek serta anak perempuan mangsa.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh," katanya.

Tembak mati isteri saya sedang hamil 7 bulan didepan mata sambil memeluk anak kecil...

Tembak mati isteri imam hamil 7 bulan

Dhaka: Ramai daripada 50,000 pelarian Rohingya yang melarikan diri ke Bangladesh menceritakan pengalaman mengerikan, termasuk wanita dirogol beramai-ramai, penyeksaan dan pembunuhan beramai-ramai orang awam oleh pasukan keselamatan Myanmar.

Mereka kini tinggal di kem pelarian yang tidak berdaftar dengan UNHCR di Cox's Bazar, Bangladesh yang bersempadan dengan Myanmar.
Kerajaan Myanmar menafikan dakwaan jenayah kemanusiaan dan pembersihan etnik itu namun ia melarang wartawan asing serta penyiasat bebas memasuki Rakhine, penempatan penduduk Rohingya yang beragama Islam.

Menurut Al-Jazeera, Ketua agensi pelarian UNHCR di Bangladesh, John McKissick memberitahu BBC, pasukan keselamatan Myanmar membunuh penduduk lelaki, kanak-kanak, merogol wanita, membakar rumah dan memaksa penduduk menyeberang sungai memasuki Bangladesh.

Ini bukan kali pertama dakwaan kerajaan Myanmar melakukan pembunuhan beramai-ramai penduduk Rohingya sebagai pembersihan etnik. Pada April 2013, Pemerhati Hak Asasi Manusia melancarkan kempen menentang pembersihan etnik Rohingya, tuduhan yang dinafikan Presiden Myanmar ketika itu, Thein Sein.
Penderitaan penduduk Rohingya semakin jelas melalui temuramah dengan pelarian yang memasuki Bangladesh, seperti Mohammad Ayaz yang memberitahu tentera yang menyerang perkampungannya, membunuh isterinya yang hamil.

Sambil memeluk anak lelaki berusia dua tahun, dia menceritakan mengenai tentera membunuh sekurang-kurangnya 300 penduduk lelaki yang dikumpulkan di pasar serta merogol beramai-ramai puluhan wanita sebelum membakar 300 rumah, kedai milik penduduk Islam dan masjid yang Mohammad Ayaz adalah imam.
“Mereka menembak mati isteri saya (Jannatun Naim, 25) yang hamil tujuh bulan. Saya berjaya melarikan diri dan berlindung dalam terusan bersama anak ini yang dipukul dengan raifal,” katanya yang menjual jam tangan dan kasut sebagai bayaran perjalanan ke Cox's Bazar di Bangladesh yang bersempadan dengan Myanmar.

Ramai pelarian berjalan-jalan berhari-hari tanpa makanan sebelum menaiki bot usang menyeberang ke Bangladesh selepas menjual apa saja yang boleh dijual bagi mendapatkan wang untuk bayaran perjalanan.

Kerajaan Bangladesh menghadapi tekanan supaya membuka sempadannya kepada pelarian terbabit. Sejak beberapa bulan lalu, Bangladesh menghalang pendaratan ratusan bot serta mendesak Myanmar supaya memikul tanggungjawab menghalang penduduk Rogingya daripada menjadi pelarian.

"Sukar untuk Bangladesh membuka sempadannya kerana ia akan menggalakkan kerajaan Myanmar meneruskan usaha pembunuhan dan menghalau Rohingya sehingga pembersihan etnik minoriti Islam di negara itu tercapai,” kata McKissick.
Imej satelit membuktikan kerajaan Myanmar memusnahkan perkampungan, dianggarkan lebuh 1,000 rumah penduduk Rohingya dibakar.

AKU NAK MAK AYAH BERCERAI- aku xder la nak kisah sangat hal diorg kan tapi dah 4tahun x duduk sebilik!! Kau rasa??

AKU NAK MAK AYAH BERCERAI
Assalamualaikum warga KRT!! Sabar ye abg2 akak2 semua ye. sebelum aku kena kecam baik aku citer dulu. Hahaha. Memula aku bagitahu satu2 ye. Ayah aku masih ada ibubapa n mak aku yatim piatu. Kami 5 orang beradik dan aku anak sulung mereka. Dua2 dua kerja govern. 


Pembahagian gaji ayah aku disenaraikan seperti dibawah.
1. Bayar loan rumah –rm500
2. Bil api –rm300
3. Bil air –rm50
4. Belanja 2 org adik bersekolah –rm200sebulan
5. Minyak kereta sendiri –rm200
6. Bagi belanja ibu bapa -rm200


Pembahagian gaji mak aku disenaraikan seperti dibawah (belanja untuk 7kepala).
1. Keperluan barang bulanan- rm500 sebulan
2. Keperluan barang masak basah- rm300 seminggu
3. Bagi adik2 dia duit brg dapur (mak aku anak sulung)-rm100
4. Pakaian anak2 –rm700++ setahun
5. Bayar loan kereta-rm600 sebulan
6. Bayar loan rumah -rm500 (sharing dgn ayah)
7. Bayar loan peribadi-rm350 (aku agak jer. haha)
8. Minyak kereta sendiri – rm120
Total ayah aku keluarkan duit sebulan =rm1450
Total mak aku keluarkan duit sebulan =rm3170
Gaji mak aku total rm3688-rm3170=rm518 untuk diri sendiri.
Gaji ayah aku total rm4516-rm1450=rm3066 untuk diri sendiri


Okeh tolak ketepi dulu pasal belanja tu. Sekarang aku nk cerita keadaan mak ayah aku sepanjang pemerhatian aku. Mak ayah aku tinggal satu rumah TETAPI berasingan bilik tidor!! Wtf?!! Kalau sehari, seminggu, sebulan aku xder la nak kisah sangat hal diorg kan tapi dah 4tahun x duduk sebilik!! Kau rasa?? Mana nafkah zahir? Mana nafkah batin?? Mak aku cukup jaga makan pakai ayah aku. Makan malam tersedia. Baju kerja bergosok baju kecik besar seluar besar sampai laa kecik berbasuh. 


Conversation antara mak ayah aku pun krik2.. serupa orang asing. Hubungan aku adik beradik dengan ayah? Lagi krik2.. mana ada masa aku nak bersembang dgn ayah aku. Pagi kerja smpai petang. Balik rumah masuk sarang (bilik peribadi beliau dan kami tak pernah tgk keadaan bilik beliau, kunci bilik level almari davy jones), keluar sarang kadang2 makan kadang2 keluar rumah smpai lewat malam.
Pergaulan ayah dengan kwn kerja amat akrab x kira laki perempuan. 


Oh ya lupa pulak. Walaupun mak ayah aku kerja government tapi diorang punya opis jauh2. So hari2 kerja mak aku bonceng dgn adik aku. Ayah aku pulak pergi berasingan. Time hujung minggu pulak lagi x Nampak batang hidung ayah aku.. kalau x duduk dalam sarang, dia keluar. Dan bila nk beli barang2 keperluan memang aku atau adik2 yang bonceng mak aku ke pasar. Bayangkan mak aku yg kurus kering tu bawak barang berat2. Aku sendiri angkat pun serupa patah bahu aku. Hahaha. Bab adik-beradik ayah aku dgn parent dia lagilah siksa. Adik2 ayah yg gila sombong dan berlagak. Nak kata kaya x adalah bergelar jutawan pun. Kalau timbang lagi berat dia punya level berlagak dari duit sendiri. Mak aku nie bukan menantu pilihan. So apa saja yg mak aku buat semua taik. Kalau apa2 jadi memang mereka salahkan mak aku. Itu belum lg cerita bab mak aku ambil loan peribadi nk besarkan rumah. Dari 1 sen pun ayah aku xhulur. Nk bincang beli barang simen, kayu, bata dan lain2 lagi ler xder. Sampaikn mak aku bonceng motor gi Tanya tukang smua prosedur. Kau tengok? Mcm xada suami jer kn. Huhu..

Someday mak aku ajak ayah n adik2 pergi bercuti. Memang masa nie aku yg dah kerepot pun melompat gembira! Hahaha.. so mak aku bayar semua dari hotel,minyak, mkn minum n belanja lain2. At night kt hotel aku sengaja ajak adik2 aku pi jalan2 dengan harapan mak ayah aku dpt ada masa bersama konon acah2 sweetlah! Sekali bila aku dgn adik2 balik (agak lewat malam) terkezut gila bab* aku bila tengok ayah aku duduk tercongok atas kerusi di lobi seolah-olah menunggu untuk check in bilik. Aku tertanya-tanya dalam hati, habis siapa yg teman mak aku sorang2 dlm bilik. Sekali aku jenguk mak duk asyik tgk tv. Fuh lega hati aku tgk mak aku cam x ada apa2 berlaku. So aku diam je. 


Keesokkan pagi ayah aku pepagi dah keluar bekpes sorg2. Aku pun ambik peluang Tanya mak aku ada dak ayah aku masok bilik smlm. Kau tau apa mak aku ckp? Eh bukan ke ayah ikut korang ker? Aku terdiam. Adeh xsanggup aku tgk muka mak aku. Tp aku xboleh nk diam dah. Sabar aku sbg anak ada hadnya! Aku pun bgtau cerita sebenarnye. Terduduk mak aku. Dlm diam rupanya mak aku nangis teresak. X pernah ak tgk mak aku sesedih tu weh. Mak aku cakap apalah dosa dia kt ayah aku smpai ayah aku pandang pun x hingin. Tiap kali ajak berbincang ayah lari. mak aku merintih cakap kt aku dia anak yatim piatu. Anak sulung. Somehow walau x kuat kena jugak kuatkan,kuatkan diri utk org lain.mak sebatang kara. Mentua xsuka, adik2 ipar x suka. Walaupun sudah 28tahun berkahwin. 



Satu hari tu mak aku pegang tangan ayah aku tarik masok dalam bilik nk berbincang.. aku agak dlm 10 minit dengar bunyi diorang bertikam lidah.. aku Nampak mak aku tarik tangan ayah aku. Dan tetiba ayah aku ckp ‘lepaslah! Muka dah mcam hantu dah!’ perhh terkejut mak aku. Menangis2 dia.. aku buntu xtau nak buat camna. Sebab tulah aku rasa dari mereka sakitkan satu sama lain ada baiknya bercerai saja. Aku xkisah klau ayah aku nk kahwin lain pun. Yg aku nk focus skrg gemokkan mak aku balik. Bg dia sihat. No hard feeling lg. mak aku tu dia pendam sendiri, telan sendiri walau seksa camna pun. Aku sayang ayah, aku sayang mak.
p/s: aku bakal berkahwin. Tapi kalau tgk gaya mak ayah aku camni baik aku single lagi baik!

SEDIH-baru 15 tahun dara telah diragut oleh bapak sendiri dan teman lelaki yang berusia 53 tahun....

"Ya Allah....kau tak layak digelar "AYAH"....kejam!"
#Hukuman penjara 30tahun tak cukup bg manusia seperti ini....
##30_DEC_2016
#SARAWAK


~ BAPA BERHADAPAN PENJARA 30 TAHUN KERANA ROGOL ANAK SENDIRI DI BAU ~
KUCHING ~ Lagi haruan makan anak. Seorang bapa berusia 46 tahun mengaku bersalah melakukan sumbang mahram dengan merogol anaknya sendiri di Mahkamah Sesyen Kuching semalam.

Lelaki tersebut membuat pengakuan di hadapan Hakim Dayang Ellyn Narisa Abang Ahmad bahawa dia telah melakukan perbuatan terkutuk itu di kediaman keluarga di Bau pada jam 10.30 malam pada 19 Julai 2013, ketika anaknya berusia 12 tahun.
Bagaimanapun disebabkan fakta kes yang belum lengkap, proses pertuduhan terpaksa ditangguhkan, dan tertuduh akan terus menjalani proses tahanan sehingga kes disebut semula pada 10 Januari depan.

Pertuduhan dibacakan di bawah Seksyen 376B (1) Kanun Keseksaan yang membawa kepada penjara maksimum 30 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.
Selain bapanya, turut didakwa semalam ialah teman lelaki mangsa yang berusia 53 tahun, atas kesalahan serupa.

Then Ah Jen, juga dari Bau dituduh melakukan jenayah rogol bawah umur dan didakwa di bawah Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan.
Sabit kesalahan, tertuduh boleh dipenjarakan sehingga 20 tahun dan sebatan.
Tertuduh turut dilanjutkan tempoh tahanan reman di penjara sehingga kes disebut semula pada 23 Januari depan.

Atas pertuduhan ini, tertuduh dinasihatkan agar menyediakan peguam pembela bagi mewakilinya.
Mangsa kini berusia 15 tahun.

bakal suami umur 55 tahun dan tujuannya sebab mahu saya jaga ibunya,PATUTKAH DITERUSKAN

sekadar bgambar hiasan

Assalamualaikum admin.. Minta admin hide kan profile sy.. Kisahnya begini, in shaa Allah sy nak mendirikan rumah tangga pada tahun hadapan.

Umur sy nak masuk 22 tahun dan bakal suami nak masuk 55 tahun.Masalahnya sekarang ni bakal suami sy tu nak jadikan sy yang no 2 tetapi isterinya tidak mengetahui hubungan kami.

Family sy juga tidak mengetahui lagi hubungan sy dengan dia.Alasannya dia nak bernikah dengan sy sebab dia dah sayangkan sy dan mahu sy menjaga emaknya kerana isterinya tidak mahu menjaganya.


Sy betul2 menyayanginya kerana dia selalu mengambil berat pasal sy.Adakah patut sy meneruskan hubungan kami?Sy harap admin dapat membantu sy.. Terima kasih

kisah rumah tangga-page

Bapa Dihukum Penjara 80 Tahun, 110 Sebatan Kerana Rogol Anak Sendiri-MEREPUTLAH KAU DALAM PENJARA


*Bernama hari ini*
*
Bapa Dihukum Penjara 80 Tahun, 110 Sebatan Kerana Rogol Anak Sendiri*
KUALA LUMPUR, 30 Dis (Bernama) -- 

bapa dipenjara 80 tahun dan 110 sebatan selepas didapati bersalah atas 11 pertuduhan rogol dan satu kes melakukan seks oral terhadap anaknya yang berusia 16 tahun sejak Ogos tahun ini.
Hakim Mahkamah Sesyen Datin M Kunasundari membuat keputusan itu selepas tertuduh yang merupakan gelandangan yang berusia 38 tahun mengaku bersalah atas semua pertuduhan yang dibacakan terhadapnya.

Bagi empat kes yang difailkan dengan masing-masing mengandungi tiga dan dua tuduhan rogol, hakim memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara 20 tahun dan 10 sebatan, sementara 12 tahun penjara bagi pertuduhan melakukan seks oral, dan memerintahkan hukuman dijalankan secara berasingan bermula tarikh dia ditangkap pads 19 Sept tahun ini.
*Kanak-Kanak Disyaki Diperalat Berpanas, Bergadai Nyawa Jadi Pengemis*
 Tinjauan Bernama mendapati kanak-kanak berkenaan tidak bersendirian, malah turut bersama-sama disyaki nenek mereka melakukan kegiatan itu di jalan berkenaan sebagai mata pencarian golongan itu sejak sekian lama.

Dalam tinjauan itu juga dipercayai ibu bapa kepada kanak-kanak ini berada di kawasan berhampiran seperti di Taman Persisiran dan tempat letak kereta di Masjid Al-Kauthar bagi memerhatikan anak-anak mereka dari jauh.
*Tiga Penganggur Mengaku Tidak Bersalah Miliki Bahan Letupan*

MARAN, 30 Dis (Bernama) -- Tiga penganggur mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini terhadap pertuduhan memiliki bahan letupan pada bulan lepas.

Tertuduh S. Ramesh, 40, K Muthumuniswaran, 30, dan D Gunalan, 42, minta dibicarakan selepas pertuduhan itu dibacakan di hadapan Majistret Nur Syafiqah Noorinda.

Mereka dituduh memiliki bahan letupan berupa dua ketulan besi aluminium petak yang diubah suai dengan tujuan tidak dibenarkan undang-undang di tempat letak kereta Cawangan Pengangkutan, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Maran pada 10.30 pagi, 23 Nov lalu.
Tamat
 Info Semasa Dalam Dan Luar Negara

Harga Runcit Ron95, Diesel Dijangka Meningkat Januari ini -Datuk Lokman Noor Adam.

*Berita dari meja bernama*

*Harga Runcit Ron95, Diesel Dijangka Meningkat Januari Ini*
PUTRAJAYA, 30 Dis (Bernama) -- Harga runcit petrol RON95 dan diesel dijangka meningkat pada Januari ini berikutan harga pasaran minyak mentah dunia mencatat peningkatan bulan ini, kata Pengarah Komunikasi Strategik Kementerian Kewangan Datuk Lokman Noor Adam.

Beliau berkata harga runcit RON95 dan diesel ditetapkan mengikut purata harga bahan api itu di pasaran dunia selama sebulan selain dipengaruhi oleh pergerakan nilai Ringgit berbanding Dolar Amerika.

"Purata maksudnya harga dari tarikh 1 hingga 31 dibahagi dengan 31 hari. Bukan mengikut harga di hujung bulan seperti pemahaman sesetengah pihak.
*Port Dickson Tumpuan Orang Ramai Habiskan Cuti Hujung Tahun*
 PORT DICKSON, 30 Dis (Bernama) -- Ramai yang memilih untuk menghabiskan baki cuti akhir tahun mereka di sini sebagai destinasi pilihan memandangkan jarak perjalanan yang dekat serta keindahan pantainya.

Dalam tinjauan Bernama ke Port Dickson, setiap ruang di kawasan pusat pelancongan itu dipenuhi pengunjung termasuk dari luar Negeri Sembilan seperti Melaka, Selangor dan juga Pulau Pinang.

Khadizah Abu, 32, dari Melaka berkata Port Dickson menjadi pilihannya ekoran jaraknya yang dekat selain pelbagai aktiviti disediakan untuk pengunjung antaranya persembahan kebudayaan dan permainan tradisional.
*ESSCom Tahan 50 Pati Dalam Op Gasak 10 Di Lahad Datu*

LAHAD DATU, 30 Dis (Bernama) -- Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) menahan 50 pendatang asing tanpa izin (PATI) dalam Op Gasak 10 yang dijalankan di sekitar Kampung Sabah Baru di sini, pagi tadi.
Komander ESSCom Datuk Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid berkata daripada jumlah itu, 48 PATI merupakan rakyat Filipina dan selebihnya rakyat Indonesia.
"50 PATI yang ditahan terdiri daripada 32 lelaki dan 18 wanita dalam lingkungan umur dua hingga 77 tahun," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

*APMM Tahan Bot Nelayan Tempatan Langgar Syarat Lesen*
KUALA KEDAH, 30 Dis (Bernama) -- Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Kuala Kedah menahan sebuah bot nelayan tempatan di sini kerana melanggar syarat lesen iaitu menangkap ikan kurang daripada lapan batu nautika dari pantai, hari ini.


Pengarah Maritim, Pangkalan Maritim Kuala Kedah Leftenan Komander Maritim Ahmad Kamal Mohd Noor berkata bot nelayan yang ditahan pada kedudukan 6.5 batu nautika barat Kuala Kedah pada 10.50 pagi tadi itu, dikendalikan seorang tekong bersama tiga awak-awak tempatan kesemuanya lelaki berusia 20 hingga 46 tahun.
 "Bot itu ditahan bersama hasil tangkapan ikan anggaran seberat 600 kilogram telah dibawa ke Jeti Pangkalan Maritim Kuala Kedah untuk tindakan lanjut.
Tamat.


to Info Semasa Dalam Dan Luar Negara

CABUL-pakcik itu toleh kiri kanan. Bila dia tengok line dah clear, dia cium dada Iman. Tak cukup dengan itu, dia pegang kemaluan Iman sekali.



Dalam seumur hidup aku, pengalaman tadi memang aku tak boleh lupakan. 12.30 tengah hari tadi (semalam), aku dengan dua orang member aku singgah di sebuah masjid, cadangnya nak rehatkan badan sekejap. Maklumlah letih tunggang motosikal jauh-jauh.

Sedang kami sedap berbaring di saf belakang masjid itu, tiba-tiba adalah seorang pakcik ini datang. Mukanya hitam manis, berusia lingkungan 45 tahun. Adalah 10 minit kami berbual, kiranya sesi ramah mesralah dengan pakcik itu. Kita ini jangan menyombong sangat, nanti tak ada orang nak datang dekat.

Kami berbual tentang harga barang naik, pasal gaji dan macam-macam lagi. Aku pun makin lama makin malas nak melayan pakcik itu. Aku pun mulalah merebahkan badan, tanda aku nak rehat dengan harapn pakcik itu fahamlah dengan situasi aku yang sedang letih ini.

Member aku, Iman, tidur sebelah pakcik itu. Kawan aku yang seorang lagi tidur berhampiran aku. Sedang aku cuba melelapkan mata, aku rasa macam tak sedap hati. Masa itu aku tidur menghadap cermin pintu masjid. Memang masa itu mata aku tak boleh nak lelap sebab aku perhati saja gelagat pakcik itu dari reflection cermin.

Apa yang aku boleh katakan, pakcik itu beberapa kali toleh ke kiri kanan seperti ada benda yang tak kena. Selepas itu, dia mendekatkan badannya dengan Iman. Makin lama makin dekat. Iman pada waktu itu memang perasan pakcik itu baring semakin dekat dengannya. Tetapi dia buat tak peduli saja.
Tidak lama selepas itu, pakcik itu dah mula beraksi. Kali ini dia main cuit-cuit tangan Iman. Tetapi Iman masih buat tak endah. Dia anggap pakcik itu sengaja nak bergurau. Sampai satu tahap, pakcik itu toleh kiri kanan. Bila dia tengok line dah clear, dia cium dada Iman. Tak cukup dengan itu, dia pegang kemaluan Iman sekali.

Iman ini jenis lurus orangnya. Apa yang pakcik itu buat tadi, dia mengelak saja. Aku yang perhatikan kejadian itu dari cermin memang terkejut badak. Dari apa yang aku tengok, pakcik ini bukan bergurau lagi dah. Saki baki kaum Luth la ni. Apun apa lagi, cepat-cepat ajak member dua orang itu keluar dari masjid meninggalkan malaun itu.

Ikutkan hati, mahu saja aku bantai pakcik itu dalam masjid, buat tambah dosa saja kan? Selepas keluar dari masjid itu, hidupkan enjin motosikal dan terus blah.

Aku dah suruh Iman buat laporan polis, harap dia buatlah. Aku ingat, perempuan saja yang mudah terdedah pada bahaya. Tetapi kejadian ini bukti orang lelaki juga mudah terdedah dengan jenayah seksual ini.


Sampai mati aku ingat muka pakcik itu. Tergamak betul dia buat perkara seperti itu, di rumah Allah pula tu. Muka nampak baik tetapi perangai. Jijiknya alahai. Jadi kita smeua berhati-hatilah. Sekarang ini ramai manusia bertopeng syaitan. - Muhd Fahmi







Seorang wanita terkejut apabila beberapa ubat-ubatan yang dibeli dari sebuah farmasi dikenakan harga RM104 selepas diskaun







JOHOR BAHRU - Seorang wanita terkejut apabila beberapa ubat-ubatan yang dibeli dari sebuah farmasi dikenakan harga RM104 selepas diskaun.

Pada 20 Disember lalu, Zilla pergi ke farmasi tersebut untuk membeli ubat bagi merawat sakit tekaknya yang agak teruk dan krim merawat bibir anaknya yang pecah serta beberapa ubatan yang lain.

"Bila masuk farmasi ini macam kena pukau. Bila ditanya Dequadin, kakitangannya kata tak ada tetapi ada ubat yang lebih bagus. Saya pun bersetuju.

Ubat-ubat yang dibeli dari farmasi tersebut | Foto - Zilla
"Selain itu saya juga mahu membeli vaselin untuk rawat bibir anak yang terkoyak di tepi mulut. Dia pula menawarkan ubat yang lebih bagus dan saya pun okey saja. Kemudian ditanya sama ada saya nak ubat demam atau tidak, saya okeykan saja.

"Apabila mahu membuat pembayaran, kakitangan itu sarankan saya menjadi ahli dan akan mendapat diskaun sebanyak 40%. Saya pun okey dan memberi kad pengenalan seperti yang dipinta.

"Selesai semua itu, harga yang dikenakan adlah RM104 selepas diskaun. Saya terkejut sampai bertanya dua kali dan hairan mengapa harga ubatnya begitu mahal seperti mendapatkan rawatan dari pakar pula jadinya," katanya.

Bagaimanapun, Zilla pergi berjumpa dengan doktor di klinik dan menunjukkan ubat yang dibeli. Doktor memaklumkan bahawa Zilla telah ditipu. Kos bagi kesemua ubatan yang dibeli oleh Zilla itu sebenarnya pada harga RM55 sahaja.

Ekoran kejadian itu, Zilla membuat aduan berhubung tindakan tidak bertanggungjawab farmasi tersebut pada Jabatan Kesihatan Negeri.

Berdasarkan maklumbalas yang diterima pada 2 Disember 2016, pihak Bahagian Perkhidmatan Farmasi JKN Johor telah menjalankan pemeriksaan ke atas farmasi tersebut pada 13 Disember.

"Hasil pemeriksaan, satu perkara ubat racun telah dirampas untuk siasatan lanjut di bawah Perundangan Farmasi," kata surat dari JKN Johor.


Sementara itu, Abdul Malik Ayob juga pernah menjadi mangsa farmasi tersebut.

"Beli ubat batuk sebotol RM100+, beli ubat gatal, dia bagi yang dia isi sendiri dalam bekas putih kecil itu. Rasanya tak sampai 5 gram pun. RM27.50. Selepas itu, memang kami pun boikot tempat ini," katanya.

Justeru, Zilla meminta orang ramai berhati-hati dan tidak pergi ke farmasi berkenaan agar tidak menjadi mangsa yang seterusnya. - The Reporter





PANTANG MAUT SEBELUM AJAL-warga emas terselamat selepas lori tangki rempuh rumah mereka

Kejadian berlaku kira-kira jam 6 petang ketika Fazilah Ramli yang berusia lingkungan 60-an dan isterinya yang lumpuh, Hasnah Ahmad, 50-an sedang tidur di ruang tamu rumah berkenaan. 

Difahamkan pasangan itu tidak mengalami sebarang kecederaan, namun kejadian terbabit menyebabkan ruang tamu dan dapur rumah dipenuhi susu getah.
Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Abd Hadi Hassan, ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu dan sehingga jam 9 malam ini anggota trafik dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kubang Pasu masih berada di lokasi untuk menjalankan siasatan.

"Siasatan mendapati lori dari arah simpang empat Kampung Langsat menuju simpang empat Cherok Mokkan di Hosba, sebelum terbabas ke kiri laluan dan merempuh kediaman mangsa.

"Ketika terbabas lori itu turut merempuh dua motosikal yang diletakkan di hadapan rumah, namun tiada mangsa cedera...pemandu lori hanya mengalami kecederaan ringan," katanya.

Abd Hadi berkata, pemandu lori yang cedera dihantar ke Hospital Jitra untuk mendapatkan rawatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Difahamkan, sepasukan anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jitra turut dikejarkan di lokasi untuk menjalankan tugas penyelamatan, sebaik menerima panggilan berhubung kejadian itu.

Binatang punya manusia....MEMANG BINATANGLAH KAU INI YG MENYIKSA ANAK INI SAMPAI BEGINI..!



#INDONESIA #GLOBAL
Yg melahirkan anak ini ntah ada otak apa ngak? Kenapa disiksa sampai begini..! Binatang aja bs menyayangi anaknya sendiri..! 


Sapa² Ada Info indonesia kt mna ni..MEMANG BINATANGLAH KAU INI YG MENYIKSA ANAK INI SAMPAI BEGINI..!

Nurafaiha, 8 bulan sekumpulan sami buddha telah mengambil Nurafaiha sebagai anak angkat

r
Disebabkan kemiskinan, sekumpulan sami buddha telah mengambil Nurafaiha sebagai anak angkat dan berjaya mengumpul 200,000 baht (RM24,870) derma orang ramai dari FB...

terlalu penat.. saya dah nak gila.saya rasa mcm nak mati pun ada... patutkah saya keluar dari keluarga? Tinggalkan bisnes?


Allah.... tidak cukupkah pengorbanan saya selama 18 tahun selama ini mak? Ayah?, kenapa mak ayah pilih abg dan kakak, yg banyak susahkan mak dan ayah, kenapa mak dan ayah sanggup halau dan maki saya sampai mcm tu sekali?

Saya pun keluar dari rumah, d
an hidup merempat, berdua dgn isteri saya yg saya nikahi tanpa apa2 majlis dan kenduri. Hanya berempat, kami, saksi dan tok kadi.

Kami berjaya mencari rumah sewa di kawasan kampung dan hidup tenang seketika. Beberapa bulan selepas itu, ayah saya call, mengatakan, mak dan ayah serta adik saya cuma makan nasi dan kicap. Mereka juga tak ada wang. Retak hati saya mendengar. Saya tanya, mana abg? Kenapa tak jalankan projek? Ayah diam.

Saya beritahu isteri, dan kami balik ke rumah ayah dengan menaiki motor. Betul. Hanya tinggal mak, ayah dan adik. Abg..? hilang sekali lagi.

Tanpa pedulikan sumpah seranah ayah beberapa bulan lalu, saya dan isteri berusaha lagi, utk dapatkan projek. Dapatkan duit, utk sara mak ayah, selama setahun kami bekerja keras, alhamdulillah... kami berjaya membeli dua buah kereta second hand. Cash. Hutang2 lama juga hampir habis. Saya merasa bahagia. Kerana saya rasa mak dan ayah sudah berubah.

Tapi, sangkaan saya meleset. Ayah meminta saya utk memohon supaya anak buah yg dipenjarakan tadi dilepaskan dari sekolah bakti. Alasan ayah ialah, supaya dia boleh tolong saya bekerja. Berat hati saya utk turutkan. Kerana budak ini telah banyak menyusahkan saya. Seperti yg saya tulis di atas tadi. Tapi ayah tetap berkeras. Saya tak mampu melawan. Saya ikut kehendak ayah.

Budak tadi cuma tolong kerja selama 2 bulan. Selepas itu, dia kembali dengan perangai asal. Merayau sampai pagi buta. Kerja malas. Harapkan saya untuk tanggung makan minum. Disebabkan dia dah banyak susahkan saya, saya nekad halau dia dari rumah. Tapi, mak dan ayah back up budak tu. Disebabkan saya halau dia, mak dan ayah marahkan saya lagi. ๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚

Selama 18 tahun, saya menghadap perkara yang sama berulang ulang kali. Orang lain buat masaalah, saya yang tanggung, dan akhirnya, saya yang dibenci oleh mak dan ayah.. orang yg buat masaalah? Disayang dan ditatang spt minyak penuh. Hahaha... saya betul2 kehilangan semangat hidup, saya dah nak jadi gila. sehingga bisnes saya sekarang hampir2 lingkup. Seperti telur dihujung tanduk. Kerja tertunggak, pelanggan marah sebab lambat, hanya disebabkan masaalah keluarga keluarga.

Saya nekad. Saya nak keluar jauh kali ini. Saya nak lari ke luar negara. Bersama isteri. Sebab mak dan ayah tak pernah hargai saya walau sebesar manapun pengorbanan saya terhadap mereka. Saya berikan segalanya. Rumah, kereta, duit, kasih sayang, tapi, anak2 tak berguna yang lain juga disanjung. Anak2 yg cuma cari mak ayah bila mereka ada duit. Bila mak dan ayah tak ada duit, dibiarkan tanpa makanan, jauh sekali nak dtg jenguk.
Saya? Dihina dan dimaki.

Saya penat sangat.. dari umur 12 tahun, sampai 30 tahun... terlalu penat..., saya dah nak gila..... saya rasa mcm nak mati pun ada...
patutkah saya keluar dari keluarga? Tinggalkan bisnes? Apa yg patut saya buat?
Boleh kah saudara saudari semua berikan pendapat...,

AL-FATIHAH- penyanyi legenda Tan Sri SM Salim meninggal dunia

Penyanyi legenda era 50-an
, Tan Sri SM Salim yang terkenal dengan lagu Melayu klasik meningga dunia di sisi keluarga di kediamannya di Sering Ukay Ampang.

Menurut anak bongsunya, Siti Zubaidah, ayahnya yang berusia 88 tahun itu sebelum ini mengalami sesak nafas dan penyusutan berat badan kira-kira setahun lalu.

Sejak semalam keluarga dan sahabat beliau termasuk rakan artis datang menziarahi dan membaca Yassin.

Doktor peribadi yang merawat Tan Sri SM Salim memaklumkan, bahawa beliau tidak mempunyai sebarang simpton lain mahupun penyakit kronik kecuali sakit tua.


Tan Sri SM Salim atau nama sebenarnya Sheikh Salim Sheikh Muhammad Al-Mahros pernah menjalani pembedahan akibat sakit saraf dan berkerusi roda sejak 17 tahun lalu.
Al fatihah..

TAK MASUK AKAL-mohon cerai dari suami gara-gara suami simpan duit di tabung haji

salam krt hide profile saya admin ye.
.macamni saya ada kecik hati dengan suami saya baru ni saya dapat tahu suami ada simpan duit dekat tabung haji tanpa pengetahuan saya dan sembunyikan dari saya

 tindakan suami buat saya kecik hati selama ni saya dan suami dah berjanji takkan sembunyi apa2 rahsia antara kami saya dapat tahu duit yang dia sembunyi tu adalah duit yang dia dapat dari harta pusaka arwah ayah dia

 sebelum ni saya ada tanya dia katanya duit tu dapat skit je dan katanya duit tu dah habis dia buat kenduri arwah ayahnya jadi saya percaya la tapi allah tu maha adil nak tunjuk dekat saya yang dia telah menipu saya sekarang  ni saya rasa saya dah tak percaya dekat suami dan dah tawar dengan dia


 saya rasa selama ni perngobanan saya sia2 je susah senang saya dengan dia tapi bila dia ada banyak duit macam ni buat saya apa patut saya buat patut ke saya berpisah je dengan suami sebab saya tak dapat terima suami menipu saya mintak pendapat warga krt bagi komen jgn kecam sy..

3 bulan suami makan luar sampai ke hotel dan pergi bercuti macam suami isteri,,patutla saya call asyik sibuk jer

assalammuaalaikum..
admin tolong hide kan prof saya. terima kaseh... ๐Ÿ˜Š


saya x tahu nak mula dari mana.. tapi sejujur nya saya dah x kuat.. saya sedeh dan selalu berfikir walau pun saya xnak ambik tahu lagi..cerita dia macam ne.. somi saya kena berkerja luar kawasan selama 3 bulan.

. selepas selesai tugas dia balik macam biasa.. tergerak hati saya untuk cek talipon dia.. allahhuakhbar hancur haty saya sebagai is3.. gambar dia bersetubuh dengan wanita lain di dalam hotel..pergi bercuti dah macam laki bini..patut selama saya col kata bz bz dengan keja.. 

rupa nya bz dengan betina lain..perkahwinan kami baru berusia 2 tahun dan menpunyai sorang anak.saya minta dia lepas kan saya tapi dia x nak.. dia minta peluang ke 2...saya xmampu tipu dari saya.. 

yang saya sayang kan dia sangat...tapi saya xsangka selama dia kena keja luar kawasan dah ada penungu d tempat lain.. hampir 10 bulan dia sorok hubungan haram ne.hanya allah ja tahu apa yang saya lalui..

 bagi saya maaf xcukup kembali kan kepercayaan dan sayang saya pada dia seperti dulu.. mohon doa kan saya kekutaan untuk tempuhi semua ini. ๐Ÿ˜” maaf sy xpndai nk karang2 ayt ne..

Inilah Sebab Kenapa Solat Zuhur Dan Asar Tak Dikuatkan Bacaan..Korang Wajib Baca Dan Sebarkan Biar Semua Orang Tahu!!


Tahukah anda mengapa solat zuhur dan asar tidak bersuara kuat? Pertanyaan ini mungkin mewakili sebahagian besar masyarakat muslim awam yang mungkin hanya sekadar mengikuti apa yang telah dilakukan oleh ayah, ibu dan masyarakat di sekelilingnya. Sesungguhnya, mengetahui selok belok agama menjadi wajib bagi seorang muslim.

Terdapat peribahasa yang menyatakan bahawa satu ibadah dengan ilmu lebih baik daripada seribu ibadah tanpa ilmu. Sehingga dengan demikian kita perlu mengetahui tata cara solat seperti hukum mengeraskan bacaan dalam solat.

Masalah jahar ataupun sirr ketika melafazkan bacaan surah bukanlah persoalan apakah itu wajib ataupun sunat dan menjadikan kesalahan tersebut disempurnakan dengan sujud sahwi seperti lupa bertahyat awal. Akan tetapi bacaan solat zuhur yang dikeraskan atau tidak, lebih bertumpu pada kebolehan untuk melaksanakannya atau tidak.

Abu Hurairah Radhiyallahu ‘Anhu dalam shahih Muslim telah menyampaikan bagaimana keadaan Rasulullah SAW ketika solat.

“Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam pernah solat bersama kami. Pada solat zuhur dan asar, beliau membaca Al Fatihah dan dua surah di rakaat yang pertama. Sesekali beliau memperdengarkan ayat yang beliau baca. Adalah beliau memanjangkan bacaan pada rakaat pertama dari solat zuhur dan memendekkannya pada rakaat yang kedua. Begitu juga pada saat solat subuh.”

Dari keterangan Abu Hurairah Radhiyallahu ‘Anhu tersebut menjelaskan kepada kita terutama dalam kalimah, “Sesekali beliau memperdengarkan ayat yang beliau baca” bahawa terdapat kebolehan menjaharkan bacaan surah pada solat yang biasanya sirr seperti solat zuhur ataupun asar. Sehingga bacaan yang dilakukan dengan sirr atau jahar bukan menjadi syarat sahnya suatu solat.

Firman Allah berikut ini akan semakin memperjelas alasan mengapa solat zuhur dan asar tidak bersuara.

“Dan janganlah kamu mengeraskan suaramu dalam solatmu dan janganlah pula merendahkannya dan carilah jalan tengah diantara keduanya itu.” (QS Al Isra 110)

Tafsir ayat tersebut menjelaskan bahawa ketika Rasulullah berada di Mekkah, beliau melaksanakan solat berjamaah bersama para sahabat dengan mengeraskan bacaan surah. Ketika kaum musyrikin Mekkah mendengarnya, mereka pun mencaci maki bacaan tersebut, mencaci maki pula Dzat yang menurunkannya dan mencaci maki orang yang menyampaikannya. Kerana sikap itulah, maka Allah pun berfirman, “Dan janganlah kamu mengeraskan suaramu dalam solatmu” Sehingga jika dipanjangkan maka kalimatnya akan menjadi, “Jangan keraskan bacaanmu sehingga orang-orang musyrik mendengarnya.”

Akan tetapi Allah juga menyampaikan, “Dan janganlah pula merendahkannya.” Sehingga bacaan mesti tetap terdengar oleh para sahabat yang berada di saf pertama. Maka kerana itu Allah memerintahkan Rasul untuk mencari jalan pertengahan diantara keduanya.

Dalam riwayat yang lain terdapat keterangan yang menyatakan, “Maka setelah berhijrah ke Madinah perintah tersebut telah gugur. Beliau boleh melakukan yang beliau kehendaki dari keduanya.”

Dengan melihat berbagai keterangan tersebut, maka menzahirkan bacaan saat solat maghrib, isya dan subuh serta mensirr-kan bacaan solat zuhur dan asar adalah pengamalan yang dilakukan saat solat pertama kali disyariatkan. Allah memerintahkan tidak menzaharkan ketika siang hari supaya tidak menjadi celaan bagi kaum musyrikin.

Adapun mengapa solat jumaat, solat hari raya, solat istisqa beserta solat lainnya yang dilakukan siang hari bersuara nyaring dikeranakan Nabi dan kaum muslim sudah hijrah ke Madinah dimana kekuatan umat Islam sudah terbentuk serta tidak akan ada kaum musyrik yang berani mencela.

Demikian penjelasan mengapa solat zuhur dan asar tidak bersuara. Semoga menambah wawasan bagi kita dalam mengenal aturan yang ada dalam solat dan tidak menyalahkan jika ada yang menzaharkan bacaan pada solat zuhur dan asar.

Wallahu A’lam


http://www.asamgaram.net/2016/12/inilah-sebab-kenapa-solat-zuhur-dan.html



Kontraktor pembersihan berusia 64 tahun maut selepas dihempap traktor dipandunya ketika melakukan kerja memotong rumput

Ajal dihempap traktor
ุฅِู†َّุง ู„ِู„ّู‡ِ ูˆَุฅِู†َّู€ุง ุฅِู„َูŠْู‡ِ ุฑَุงุฌِุนูˆู†
Segamat: Kontraktor pembersihan berusia 64 tahun maut selepas dihempap traktor dipandunya ketika melakukan kerja memotong rumput di lereng bukit kawasan Petronas Gas Sdn Bhd di Kilometer 8, Lebuhraya Segamat menghala ke Kuantan, di sini, pagi tadi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Segamat, Deputi Superintenden Yusuf Unis berkata, kejadian kira-kira jam 9.30 pagi mengakibatkan mangsa, Mohd Ridza Tahari, meninggal di tempat kejadian.

"Kejadian berlaku apabila tiba-tiba traktor di pandunya itu mengereng ke sebelah kiri lereng bukit itu lalu terbalik dan menghempap sebahagian badan mangsa.
"Ia mengakibatkan mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian sebelum orang awam yang menyaksikan kejadian itu memaklumkan kepada seorang kakitangan keselamatan Petronas Gas berhampiran," katanya di temui di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Segamat di sini, hari ini..

Katanya, anggota Bomba dan Penyelamat di Jalan Abdullah membantu mangsa sebelum dibawa ke Hospital Daerah Segamat (HDS) menaiki ambulans.
Menurutnya, mayat mangsa kemudiannya di tempatkan di Jabatan Forensik HDS untuk bedah siasat dan siasatan awal mendapati mangsa mendapat pelbagai kecederaan dalaman dan luaran.

Katanya, berikutan itu, kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut sementara menunggu laporan penuh bedah siasat.

Nama Saya Slamet Hari Natal'

Nama Saya Slamet Hari Natal'

MALANG (INDONESIA): Setiap kali tibanya sambutan Hari Krismas, seorang lelaki yang tinggal di Desa Wonomulyo di sini pasti menjadi individu paling popular.
Lelaki berusia 54 tahun itu bukan sahaja menyambut ulang tahun kelahirannya malah dia juga mempunyai nama yang unik iaitu Slamet Hari Natal.


“Iya itu nama saya,” katanya sambil menunjukkan kad pengenalan diri yang tertera nama dan tarikh lahirnya pada 25 Disember 1962.
Menurutnya, ketika dilahirkan pada Hari Krismas dia disambut oleh seorang bidan beragama Kristian.

“Kerana lahir pada Hari Krismas bidan ini memberi cadangan untuk memberi nama Selamat Hari Natal kepada saya.
“Ibu bapa saya menerima cadangan berkenaan, tetapi kerana saya orang Jawa, Selamat ditukar kepada Slamet,” jelasnya.

Menurutnya, ibu bapa beragama Islam tetapi mereka tiada masalah memilih nama itu.
“Walaupun saya beragama Islam tetapi penduduk di sini tidak pernah menghina atau memandang serong terhadap saya.

“Semua penduduk kampung gembira memanggil nama saya setiap kali ketibaan Hari Krismas

KASIH TUAN -seorang lelaki pengsan ketika hendak selamatkan haiwan peliharaannya didalam lubang

Kuala Lumpur: Seorang lelaki ditemui tidak sedarkan diri selepas dipercayai cuba menyelamatkan anjing yang terperangkap di dalam lubang akibat tanah mendap di Jalan 2/62, Bandar Manjalara, Kepong, di sini, 11 malam tadi.


Ketua Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Samsol Maarif Saibani berkata, pihaknya menerima panggilan awam memaklumkan kejadian pada 11.17 malam.

Katanya, seramai 18 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jinjang dan Taman Tun dikerahkan ke lokasi bagi memberi bantuan.
"Siasatan mendapati kejadian berlaku apabila anjing milik mangsa terjatuh ke dalam lubang tanah mendap.

"Mangsa dipercayai cuba turun ke dalam lubang untuk menyelamatkan anjing dan didapati tidak sedarkan diri di dalam lubang itu.

"Mangsa berjaya di bawa keluar dan pihak ambulans yang turut ke lokasi memberikan bantuan pernafasan (CPR) sebelum menghantar lelaki terbabit ke Hospital Selayang untuk rawatan lanjut," katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.

Sebulan Saya Bagi 4 - 5 kali Nafkah Batin, Tak Puas lagi Ke Dia Rasa Saya Punya Yang halal - Luahan Isteri

Assalamualaikum admin dan pembaca Krt.masalah saya tak besar mana,tapi kalau dibiarkan mungkin jadi besar.

Saya dan suami bercinta hampir 9 tahun,kawen baru setahun lebih.Sepanjang percintaan suami baik,tak pernah tinggi suara tak pernah sentuh saya jauh sekali nak pukul saya,sangat setia orangnya dan tak berkira.Alhamdulillah,lepas kawen dia masih macamtu,malah lebih penyayang lebih bertanggungjawab,solat tak tinggal walau kemanapon. tapi manuasia tak sempurna.rupanya suami ketagih video porno.




Saya check web history dia,semuanya baru2 lagi.Allah, sebagai wanita normal saya keciwa marah, apa kekurangan saya,tak puas lagi ke melihat merasa saya yang halal ni?

Yang peliknya suami tak pernah dingin pun dengan saya,masih bernafsu dengan saya,sebulan 4-5 kali bagi nafkah batin saya rasa cukup bahagia dah.saya pun takdelah lari sangat dari taste dia. jadi mana silapnya?


Saya tak melatah. saya tak pernah ungkit hal ini depan dia sebab nak jaga airmuka dia. walaupun bnyk kali saya cek,dan bnyk kali jugak la sy dpt tahu dia tgk video yg baru.Masa bila dia tengok? kalau balik kerja dia selalu ade dengan sy dan anak.
Disebabkan dia sangat bertanggungjawab dengan nafkah dan kebahagiaan sy dan anak,dan keluarga,saya biarkan saja benda ni.Saya pendam tak nak jadi isu.Mungkin ya saya belum dapat puaskan kehendak sebenar dia.


Video Gadis Melayu Lunyai Di Kendurikan 10 Lelaki Negro Hingga Mati






setiap kali berdoa saya mohon Allah jauhkanlah suami dari maksiat mata tu. saya takut dari hanya melihat secara kerap nanti dia mula makan luar. saya pinta moga Allah kuatkan iman saya dan suami.


pernah sekali saya tegur secara halua,masa tu dia lupa tutup web porno tu,saya cek dan screenshot,saya hanta kat dia,ayat saya dari tengok yang haram baik tengok dan jaga yang halal,besar pahala.Dia baca dan diam seharian,malu agaknya.saya ingat nk taubat da,tapi tetap macam tu jugak.Dia kalah dengan nafsu walaupun menjaga solat. sedih saya,kesianlah dia,nak tanggung dosa saya lagi,sedang dosa dia pun bertimbun. saya tak berhenti berdoa moga Allah ampunkan dosa suami.


Saya cuma nak minta kalau kalau ada doa atau zikir yang boleh diamalkan bagi suami yang macam ni.mohon share ya,Terima kasih.

Setiap orang ada cara dia sendiri nak disiplinkan diri simpan duit- berkonsepkan "SIMPAN & LUPA".

* SIMPAN & LUPA *

Tahun 2016 sudah hampir ke penghujungnya. Alhamdulilah, walaupun tak byk hasilnya tapi dptlah aku kumpul RM2230.75 hasil dari cubaan menabung dari awal thn ni. Frankly speaking aku ni bknlah jenis org yg berdisiplin dlm menabung. 

Bila simpan jer mesti tgn ni gatal nak keluarkan balik duit lebih2 lagi waktu hujung2 bulan sementara tggu gaji nak masuk. Ahahaha.. Setiap org ada cara dia sendiri nak disiplinkan diri simpan duit. Bagi aku pulak, aku cuba tetapkan 3 tabung berkonsepkan "SIMPAN & LUPA". Aku namakan tabung2 ni sempena parti politik kat Malaysia (ikut kaler note duit) iaitu: 

1) Tabung Parti PAS, RM5
2) Tabung Parti BN, RM1 (tetapkan simpan RM1 x 5 keping = RM5)
3) Tabung Parti BEBAS (campuran syilling RM1, RM0.50, RM0.20, RM0.10 & RM0.05)


Aku setkan kat otak ni kalau ada nilai2 tersebut sebagai sesuatu yg takder nilai langsung. So, kena singkirkan semua duit tersebut masuk dlm tabung mengikut kaler note duit. Pendek kata kalau nampak jer ada RM5 kaler hijau mmg aku singkirkan siap2 utk masuk dlm Tabung Parti PAS. 

 Note duit kaler biru RM1 pulak aku masukkan dlm Tabung BN. Utk yg Tabung Parti BN ni agak susah sikit sbb biasanya kita senang dpt & akan ada jer duit RM1 kan? 

Takkan nak masuk dlm tabung semua sbb kita still perlukan duit tu utk perbelanjaan harian kan? So aku wat camni, disebabkan aku ni jenis yg cpt rimas kalau wallet ada byk keping duit kertas RM1 ni, so aku setkan kat otak buang at least 5 keping RM1 ni dan masukkan jer dlm tabung. 



 Azam Tahun 2017 ni aku nak start ngan tambahan 1 lagi tabung iaitu Tabung Parti BERSATU utk duit RM20 kaler oren pulak. Harap2 berjaya lah. Jom menabung kengkawan! Sikit-sikit lama-lama jadik bukit.
Krdit: Mohd Nazri Mohd Noh

suami saya sudah 1tahun 3bulan tidak menyentuh saye atas alasan tidak di ketahui

salam warge krt , saya ade seorang anak lelaki usia 10 bulan

 sekadar gambar hiasan tiada mengena dengan kisah ni

sekarang saya dan suami sering bergaduh hanya hal yang remeh , puas bertanye dan di ajak bebincang kenapa jadi macam tu dan macam ni , tapi dye selesa mendiamkan diri , suami saya sudah 1tahun 3bulan tidak menyentuh saye atas alasan tidak di ketahui ,

 3 hari ni kami x bergaduh tetapi dye asingkan tempat tidur kami , soalan saye , boleh kah saya tuntut fasakh hanye kerana dia tidak menunaikan nafkah batin , sbb dia x ade alasan , dye cum

e cakap penat , tapi keje ofice hour ... ini dah macam mendera mental saye ... kadang tpikir ,suami aqu ni dah minat sjenis dye ke ??? tolong la bantu saya atas nasihat yang bernas , saya kalo boleh nak jauh dari pencraian , tapi hal ni buat saya lagi pusing dan tertanya2

Pemilik nafi hidang katak dalam air pelanggan- ‘Coconut Shake Oreo’ bersama seekor katak

ADILA SHARINNI WAHID28 Disember 2016

KOTA BHARU - Pemilik kepada sebuah kedai makan di Pantai Sabak, di sini, nafi menghidangkan ‘Coconut Shake Oreo’ bercampur katak kepada pelanggan seperti mana yang diviralkan di media sosial, sejak semalam.

Mohd Khairi Mohamad Sidik, 48, berkata, kejadian itu disedari pada jam 4 petang apabila salah seorang pelanggan lelaki yang makan di kedainya memberitahu air yang dipesan mengandungi amfibia tersebut.

Katanya, dia turut terkejut melihat katak yang dibasahi air Coconut Shake berada di atas meja di hadapan pelanggan itu dan segera meminta maaf kepada lelaki tersebut.
“Saya pun tidak pasti bagaimana seekor katak boleh berada atau masuk ke dalam air minuman tersebut kerana saya dan pekerja sentiasa memastikan kebersihan makanan dan minuman yang dihidangkan kepada pelanggan di kedai kami.

“Segala kelengkapan membuat air termasuk mesin pengisar dan ais krim sentiasa tertutup rapat dan jika benarlah katak itu masuk ketika kami membuat air, pastinya katak itu hancur kerana terkisar bersama-sama air kelapa,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Beliau berkata, dakwaan pelanggan tersebut tidak masuk akal, bagaimanapun katanya lagi, apa-apa sekalipun kemungkinannya, dia menganggap itu sebagai ujian ALLAH SWT kepadanya yang sudah empat tahun berniaga di lokasi berkenaan.

“Alhamdulillah sepanjang berniaga, ini adalah ujian paling hebat hingga saya tersandar ke dinding ketika mengetahui perkara ini diviralkan oleh pelanggan tersebut dan saya amat berharap dia dapat maafkan saya serta memadam viral berkenaan.

“Saya juga tidak marah pada dia, tetapi tindakan dia viralkan perkara ini boleh menjejaskan perniagaan sama yang baru hendak meningkat naik. Saya harap pelanggan saya tetap akan datang ke kedai kami kerana kami sentiasa menjaga kebersihan,” katanya.

Semalam, seorang pemilik akaun Facebook mendapat perhatian selepas memuat turun gambar ‘Coconut Shake Oreo’ bersama seekor katak di atas meja.
Gambar tersebut dikongsi ke sebuah kumpulan terkenal di laman berkenaan dan memiliki 244,108 pengikut majoriti rakyat di negeri ini.
Perkongsian turut mendapat pelbagai reaksi daripada netizen.

HUKUM MENGGUNAKAN MESIN BASUH YANG SAMA DENGAN NON-MUSLIM?


Ramai Ambil Mudah: Hukum Menggunakan Mesin Basuh yang Sama Dengan Non-Muslim Seperti Ini


HUKUM MENGGUNAKAN MESIN BASUH YANG SAMA DENGAN NON-MUSLIM?


Assalamualaikum Dr. Ustaz Rozaimi. Kalau tidak keberatan, saya ingin bertanyakan soalan yg bukan berkaitan hadis. Tapi ingin dapatkan kepastian, apakah hukum berkongsi menggunakan mesin basuh pakaian bersama dengan non muslim...bukan berkongsi basuh pakaian bersama, tapi hanya mesin basuh yg sama sahaja. Baru baru ni ada kenalan saya mengatakan ianya tidak boleh digunakan. Memandangkan saya di luar negara, sy sentiasa menggunakan mesin basuh tersebut..timbul rasa was2 dalam hati...adakah pakaian2 tersebut boleh dibawa solat?

Jawapan:
Waalaikumussalam wbt.

1- Kami telah membaca mesej panjang yang tersebar itu. Ia satu mesej yang tidak patut disebarkan dan sesungguhnya ia menimbulkan kegelisahan dan was-was yang banyak kepada umat Islam.

2- Hukum asal sesuatu adalah suci. Ia kekal suci selagi mana tiada bukti menunjukkan ia bernajis. Maka begitu jugalah mesin basuh ini, ia kekal suci kecuali terdapat bukti jelas menunjukkan ia tidak suci.

3- Andaian-andaian non-Muslim sentuh anjing, babi, berak tak basuh, kesan darah haidh etc etc adalah andaian-andaian semata-mata. Ia tidak mengubah status quo sesuatu iaitu ia suci. Andaian dan syak wasangka tidak boleh mengubah status asal sesuatu benda iaitu suci.

Kaedah feqh menyatakan: Keyakinan tidak dihilangkan dengan syak.

Disebabkan sikap suka berlebih-lebihan beginilah nanti timbul isu: Boleh ke salam dengan non-Muslim sebab boleh jadi mereka pegang anjing, babi. Nanti jangan sampai ada mualaf tidak benarkan ibu bapa yang bukan Muslim cium pipi mereka atas alasan sebab mak ayah makan khinzir, minum arak etc. Adakah ini Islam yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w.

4- Sikap memberat-beratkan sehingga begini adalah sikap melampaui batas yang bercanggah dengan ajaran Islam.

ูَุณَุฏِّุฏُูˆุง ูˆَู‚َุงุฑِุจُูˆุง ูˆَุฃَุจْุดِุฑُูˆุง، ูˆَุงุณْุชَุนِูŠู†ُูˆุง ุจِุงู„ْุบَุฏْูˆَุฉِ ูˆَุงู„ุฑَّูˆْุญَุฉِ ูˆَุดَู‰ْุกٍ ู…ِู†َ ุงู„ุฏُّู„ْุฌَุฉِ ‏"‏‏.‏
Daripada Abu Hurairah radiallahu 'anhu, daripada Nabi sallallahu 'alaihi wa sallam, baginda bersabda: Sesungguhnya agama ini mudah. Tidaklah sama sekali seseorang memberat-beratkan urusan agama melainkan ia akan menewaskannya. Lakukan dengan cara yang betul, lakukan semampu mungkin, dan bergembiralah. Mohonlah pertolongan pada waktu pagi, petang dan sebahagian malam. [Sahih al-Bukhari, Kitab al-Iman, no: 39].

ุนَู†ْ ุนَุจْุฏِ ุงู„ู„َّู‡ِ، ู‚َุงู„َ ู‚َุงู„َ ุฑَุณُูˆู„ُ ุงู„ู„َّู‡ِ ุตู„ู‰ ุงู„ู„ู‡ ุนู„ูŠู‡ ูˆุณู„ู… ‏ "‏ ู‡َู„َูƒَ ุงู„ْู…ُุชَู†َุทِّุนُูˆู†َ ‏"‏ ‏.‏ ู‚َุงู„َู‡َุง ุซَู„ุงَุซًุง ‏.‏
Daripada Abdullah bin Mas’ud radiallahu 'anhu, Nabi sallallahu 'alaihi wa sallam bersabda: Binasalah orang yang melampau. Baginda menyebutnya 3 kali. [Sahih Muslim, Kitab al-Ilm, no: 2670].

5- Penulis mesej itu jelas bukanlah orang yang faham tentang hukum-hakam feqh. Jauhilah daripada menyebarkan mesej-mesej tanpa asas sebegitu. Bertaubatlah daripada mengeluarkan fatwa hukum-hakam tanpa ilmu kerana ia bukan sahaja menyesatkan diri sendiri, bahkan menyesatkan dan menimbulkan kegelisahan kepada orang ramai.

Wallahua'lam.

-ADMIN-

Page Dr. Ustaz Rozaimi Ramle






"Bila saya suruh juruwang kira, dia kata RM198 dan "Bila saya balik ke meja makan, saya total up, baru RM177 sahaja-



Harga hidangan RM198 di Pulau Pangkor, mahal atau berpatutan?


PULAU PANGKOR, PERAK - "Tapi kalau saya bayar lebih daripada apa yang kami makan, saya tak halalkan," demikian kata pengadu yang tidak berpuas hati dengan harga hidangan dikenakan di pulau pelancongan itu yang viral di media sosial, Sabtu lalu.

Menurut wanita berkenaan, setelah mendapat harga yang diberikan itu, dia cuba 'congak-congak' sendiri, namun masih gagal mendapatkan harga yang dikenakan.

Pengadu mengatakan dia telah bertanyakan harga sebelum bersetuju untuk memesan makanan di kedai tersebut
"Bila saya suruh juruwang kira, dia kata RM198. Saya minta bil dan tulis harga setiap lauk. Dia menolak dan kata kalau kira satu persatu, lagi mahal jadinya. Saya cakap tak apa, saya bayar ikut apa yang saya pesan.

"Bila dapat bil, sekali tengok haa, kantoi dia letak harga sesuka hati tak sama seperti yang ditawarkan sebelum masuk kedai. Sotong lain, sayur lain, telur lain dan paling best, air sirap satu juga dan teh 'o ais satu jug RM36," tulis wanita itu yang juga nekad mahu membuat aduan berhubung harga tidak masuk akal itu kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).
"Bila saya balik ke meja makan, saya total up, baru RM177 sahaja. Mana dia dapat angka RM198? Bila saya nak bayar, saya cakap kira-kira saya RM177 sahaja. Terus dia marah-marah.

"Saya cakap tak apa, saya bukan miskin hina sangat tak boleh bayar amaun itu tetapi kalau saya bayar lebih daripada apa yang kami makan, saya tak halalkan," tulisnya.

Pengadu mendakwa wanita terbabit bengang dengannya lalu memanggil orang lain untuk kira harga makanan mereka dan akhirnya mendapat harga yang didakwanya munasabah.

Status dan gambar yang dimuat naik oleh pengadu itu kini mendapat 425 perkongsian dan 721 likes di laman sosial.

Menyedari dirinya diviralkan di laman Facebook, juruwang berkenaan tampil mempertahankan dirinya.

"Datang melancong dalam pulau nak complaint bagai. Datang melancong pilih ikan besar-besar, sotong nak banyak, udang nak banyak dan order macam orang kaya serta makan nak sedap. Tetapi bila nak bayar, tak ada duit, kemudian nak boikot kedai orang. Tak pernah melancong agaknya.

"Ini pulau, bukan kampung. Mahal seringgit, dua ringgit, itu biasalah. Pelanggan saya yang lain, semua berpuas hati dengan harga yang saya berikan.

"Mahal dua tiga ringgit pun nak viral bagai. Jangan disebabkan dia, nanti orang lain tak nak datang ke Pangkor pula," katanya yang kesal dengan tindakan pengadu memilih untuk viralkan kedai mereka di media sosial. - The Reporter

http://www.thereporter.my/2016/12/harga-hidangan-rm198-di-pulau-pangkor.html




AL-FATIHAH "Isteri Meninggal Pada Ulang Tahun Perkahwinan Pertama"

AL-FATIHAH
"Isteri Meninggal Pada Ulang Tahun Perkahwinan Pertama"

Kisah keutuhan cinta guru muda, Ahmad Kamal Effendi Kamarudin, 26, yang sanggup mengahwini pasangannya pesakit kanser tahap empat, Nik Idzni Dalila Nik Mahmud, 25, berakhir hari ini apabila isterinya meninggal dunia, jam 3 pagi tadi, di Hospital Kajang.

Lebih menyedihkan, kematian isterinya yang menghidap kanser buah pinggang itu berlaku pada tarikh ulang tahun pertama perkahwinan mereka, hari ini.
Jenazah Allahyarhamah dimandikan di Surau Unit Forensik Hospital Kajang pada jam 8.30 pagi sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Sungai Kantan, Kajang.

Pada November lalu, menerusi artikel 'Keutuhan Cinta Guru Muda Kahwini Wanita Kanser Tahap Empat', menyiarkan kisah ketulusan cinta Ahmad Kamal Effendi mengahwini wanita yang dicintainya walaupun sudah mengetahui status kesihatan arwah, yang juga seorang doktor perubatan.

Ahmad Kamal Effendi berkata, beliau sangat sedih kerana isterinya menghembuskan nafas terakhir tanpa beliau di sisi.
"Awal bulan ini, kami sempat membuat majlis ringkas dengan makan bersama bagi menyambut ulang tahun perkahwinan kerana isteri tidak sihat.

"Isteri menghadiahkan saya iPhone dan saya pula memberi album mengandungi gambar sepanjang perkenalan kami sebagai hadiah ulang tahun perkahwinan," katanya menerusi aplikasi WhatsApp kepada BH, malam ini.

Bagaimanapun, Ahmad Kamal Effendi berkata, beliau reda dengan pemergian isterinya dan sudah melakukan yang terbaik untuknya.
"Siapa pernah terfikir, untuk hari yang sama selepas menempuh 365 hari bersama, tangan yang kali pertama saya sentuh menjadi tangan terakhir saya pegang," katanya menerusi Instagram.


Perkenalan singkat selama empat bulan menerusi Instagram, kemudian diakhiri dengan majlis perkahwinan ringkas, di kediaman Nik Idzni Dalila di Kelantan, pada 27 Disember, tahun lalu.

6 sekeluarga mati dikurung dalam bilik air

6 sekeluarga mati dikurung dalam bilik air

Jakarta: Enam sekeluarga, termasuk dua kanak-kanak maut selepas dikurung sehari semalam bersama lima lagi yang selamat dalam sebuah bilik air kecil di sebuah rumah di Pulomas Utara, Pulogadung, Jakarta Timur di sini.

Keenam-enam mangsa itu dipercayai meninggal dunia awal pagi tadi, akibat sesak nafas kerana kekurangan oksigen selepas dikurung sejak pagi semalam dalam bilik air seluas 1.5 meter lebar dan 1.5 meter panjang itu.

PADAH ROGOL ADIK KANDUNG-Pengawal keselamatan dipenjara 15 tahun dan 10 sebatan


Siti Nor Hidayatidayu Razali
Kota Bharu: Pengawal keselamatan dijatuhi hukuman penjara selama 45 tahun dan 30 sebatan di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini terhadap tiga pertuduhan merogol adik kandungnya hingga melahirkan anak.

Tertuduh berusia 23 tahun mengaku bersalah di atas pertuduhan yang dibacakan jurubahasa mahkamah dihadapan Hakim Ahmad Bazli Bahruddin.
Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan 10 sebatan bagi setiap pertuduhan yang berjalan secara berasingan.

Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan 10 sebatan bagi setiap pertuduhan yang berjalan secara berasingan.
 Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tidak kurang lapan tahun dan tidak lebih 30 tahun serta tidak kurang 10 sebatan.

Perbuatan itu terbongkar selepas adiknya melahirkan seorang bayi perempuan pada 8 Disember lalu.
Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 27 Disember 2016 @ 5:35 PM
Back To Top